Wednesday, October 31, 2018

Assalamualaikum semua, Alhamdulillah selesai sudah esei pertama saya untuk subjek Pengantar Falsafah yang diajar oleh Prof Dr. Sunawari Long. Jadi, dengan sukacitanya, inginlah saya berkongsi dengan kalian hasil esei saya yang tidak seberapa ini. Selamat membaca dan berfikir!

Sebentar!!! Tajuk apa yang saya pilih untuk esei ini?

Terimalah!

                                           Image result for st augustine

yaaaa!! Siapa beliau ini? Kalau nak tahu, bacalah dibawah ini.




St Augustine atau nama sebenarnya Aurelius Augustine merupakan seorang ahli falsafah Kristian yang hidup pada zaman keruntuhan Kerajaan Rom iaitu pada abad pertengahan. Beliau dilahirkan pada 13 November tahun 354 masihi di Tagaste yang terletak di Wilayah Numidia. St. Augustine bukanlah seorang penganut Kristian dari permulaan kehidupannya kerana beliau hanya mula menganut agama Kristian sewaktu berusia 32 tahun. Beliau menerima pendidikan awal di Madura dalam bidang bahasa dan kesusasteraan Yunani. Pada tahun 370 masihi, Augustine telah dihantar untuk menuntut ilmu dalam bidang kajian Retorik di Carthage. Namun, pada usia 19 tahun, beliau telah membaca sebuah karya yang bertajuk Hortensius of Cicero yang telah menyebabkan akal mudanya mencari kebenaran. Sehinggalah beliau telah menjumpai ajaran Manichaeans dan menganut ajaran tersebut. Augustine menyenangi ajaran ini kerana ajaran ini membawa kepada kebenaran yang rasional sehingga beliau melihat Kristian sebagai ajaran yang tidak logik. Namun begitu, lama kelamaan beliau telah mula hilang keyakinan terhadap ajaran Manichaeans dan mula berfikir dengan lebih mendalam tentang ajaran kristian terutama sekali selepas mendengar syarahan yang disampaikan oleh ST. Ambrose. Begitu juga selepas beliau meneliti tulisan-tulisan Plotinus, akhirnya beliau menganut ajaran Kristian dan telah dibaptis oleh St. Ambrose semasa berusia 32 tahun. Kemudian, semasa beliau berusia 44 tahun, beliau telah menjadi paderi Hippo setelah St. Valerius meninggal dunia. St. Augustine meninggal dunia pada tahun 430 masihi di usia 76 tahun di Hippo. Beliau telah dimakamkan di San Pietro in Ciel d'OroPavia, Itali.

         Image result for the city of god   Image result for the confession hippo book  Image result for on christian doctrine

Sepanjang hidup St. Augustine, banyak karya yang telah beliau hasilkan seperti The City of God, The Confession, On Christian Doctrine dan lain-lain yang banyak mempengaruhi pemikiran John Calvin dan Martin Luther. Antara karya beliau yang terkenal adalah The City of God. Karya ini ditulis semasa kekacauan sedang berlaku akibat serangan Barbar Visigoth terhadap Empayar Rom. Karya ini terdiri daripada 22 buah buku yang di tulis dalam tempoh sekitar 13 tahun. Karya The City of God terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian pertama bermula daripada jilid 1 sehingga jilid 10 manakala bahagian kedua bermula daripada jilid 11 sehingga jilid terakhir iaitu jilid 22. Bahagian pertama karya ini mengisahkan tentang kejatuhan Empayar Rom yang mana kejatuhan Empayar Rom akibat daripada serangan Barbar Visigoth. Menurutnya, kekejaman serangan Barbar Visigoth itu sama dengan kekejaman yang telah dilakukan oleh Empayar Rom kepada musuh-musuhnya semasa zaman kegemilangan Empayar Rom. Manakala bahagian kedua buku ini yang bermula daripada jilid ke 11 hingga 22 menceritakan tentang manusia dan masyarakat.
St. Augustine terkenal dengan hujah falsafahnya mengenai dua kota yakni Kota Tuhan dan Kota Iblis. Kota Tuhan bermaksud kebaikan dan ketaatan kepada Tuhan dengan sebenar-benar taat. Manakala, Kota Iblis pula bermaksud kenikmatan duniawi yang sia-sia. Bagi St. Augustine, terdapat pertentangan yang kuat antara Kota Tuhan dan Kota Iblis dan tidak sekali-kali boleh duduk bersama. Manusia perlu membuat pilihan yang tepat antara kedua-duanya samada memilih untuk berada di dalam Kota Iblis ataupun Kota Tuhan. Menurutnya lagi, jika seorang manusia memilih Kota Tuhan (kebaikan), mereka akan menghadapi kesusahan seperti dianiaya, dizalimi, diuji dengan bermacam hal dan sebagainya semasa berada di dunia disebabkan ketaatan dan kebaikannya kepada Tuhan. Walaubagaimanapun, mereka akan diberi ganjaran baik atas kebaikan dan ketaatan yang dibuat semasa mereka berada di dunia. Sedang jika manusia memilih Kota Iblis (keburukan), mereka akan menikmati kesenangan, keseronokkan, kekayaan, kekuasaan dan kenikmatan-kenikmatan lain namun pada pengakhirannya mereka akan menderita atas dosa-dosa yang mereka lakukan semasa di dunia. Bagi St. Augustine, manusia diberi peluang bebas untuk memilih (free will). Namun begitu, setiap pilihan yang dibuat mempunyai balasan yang setimpal sesuai dengan perbuatan yang mereka pilih itu.

RUJUKAN

Frederick Copleston, S.J.  1993. A History of Philosophy : Volume II. New York : Doubleday.
G. L. Keyes.  1966. Christian Faith and The Interpretation of History. United States of America: University of Nebraska Press.



Semoga apa yang saya tuliskan itu dapat memberi manfaat pada yang lainnya. Segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang kurang itu adalah kelemahan daripada diri saya sendiri. Senyum dan doa yang baik-baik! : )





Hukum Mempelajari Ilmu Mantik Nur Aisyah Nadiah Binti Anuar (A167784) 1.0 PENDAHULUAN Ilmu Mantik adalah antara ilmu terawal yan...

St. Augustine